25.4.14

Risiko Layan Telefon Ketika Memandu

Inilah adalah pandangan peribadi.Pandangan tentang Risiko Layan  Telefon Ketika Memandu.Nasihat saya sila pastikan guna hand free ketika menjawab atau membuat panggilan telefon sewaktu berada di jalanraya.Apa-apapun saya anggap ia adalah pilihan yang terakhir dan bukan yang terbaik.

 

Ada sebab yang jelas mengapa memandu guna telepon bimbit tanpa alat bebas tangan   sangat berisiko.

 

Risiko Layan Telefon Ketika Memandu

Info e-Buku Terbaik Ada Di SINI

 

Manusia secara lumrahnya jenis yang mudah lupa.Boleh cuai dan pasti juga akan melakukan kesilapan .Asyik bertelefon boleh mengundang padah jika ada  jenis manusia yang tidak mampu melakukan dua kerja dalam masa yang sama.Kemalangan akan berlaku kerana daya fokus memandu terganggu.

 

Saya selalu perhatikan orang yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu akan memperlahankan kenderaan.Lebih parah jika menggunakan laluan sebelah kanan.Semua orang sedar bahawa  laluan kanan adalah untuk pemanduan laju.Sudah pasti menyusahkan pengguna lain jika memandu perlahan di laluan laju gara-gara asyik layan telefon.

 

Tempat yang berbahaya ketika asyik bertelefon biasanya bulatan.Kalau jalan raya di Sarawak bulatan adalah trademark.Mahu atau tidak terpaksa akan dilalui juga.Sewaktu memandu melewati bulatan, fokus perlu ditingkatan.Ini kerana ada kereta depan dan belakang.Kenderaan yang berada di kiri dan kanan boleh bila-bila masa sahaja memintas kita.Jika dah layan dengan telefon bagaimana nak  fokus dengan apa yang berlaku ketika memandu.

 

Pengaruh media sosial amat kuat.Kita seperti makan,minum,mandi,tidur dan kerja semuanya berorientasikan media sosial.Semua perkara remeh atau berat  kita kongsikan melalui Facebook,Tweeter dan Youtube.Pengaruhnya menjangkiti pengguna jalan raya pula.Ada yang sanggup update status Facebook ketika menunggu lampu isyarat merah.Tindakan kurang bijak ini bakal mengundang bahaya.Pengguna yang berada dibelakang kita boleh honkan kita jika lambat bergerak ketika lampu hijau.Saya harapkan honkan mereka supaya timbulkan rasa bersalah.

 

Ada lagi tak risiko layan telefon ketika memandu.Sudah tentu ada.Namun perkongsian saya cukup di sini dahulu.Saya hanya berharap hentikan segera aktiviti layan telefon ketika memandu.Jika terpaksa layan juga sila pastikan ada alat bebas tangan.Tetapi jangan lama-lama ye.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

24.4.14

Cara Dapatkan Penyata Gaji Yang Terkini

Seseorang yang bekerja pasti mengharapkan penyata gaji.Ini kerana dengan penyata gaji yang terkini kita boleh mengetahui status pendapatan sebenar.Itupun  sekiranya ada melakukan kerja lebih masa pada bulan yang sebelumnya. Kalau tak pun senang nak buat pinjaman meskipun budaya ini bukan sesuatu yang bijak.

 

penyata gaji_thumb[11]

 

Kini ada kemudahan untuk kakitangan kerajaan mengetahui status gaji mereka dengan pantas dan terkini.Mereka  boleh melayari laman web ini segera.Saya pasti ia amat memberi kemudahan yang tak terbanding seronoknya.Siapa yang tak seronok kalau dah dapat gaji.

 

Pengalaman saya yang telah bekerja makan gaji hampir 20 tahun dapat merasakan perubahan yang amat besar dalam mendapatkan informasi yang berbentuk ‘Private and Confidential’.Dulu-dulu memang mengharapkan pihak majikan yang cetak  tetapi sekarang tak lagi.Segalanya semua dihujung jari.

 

Anda cuma perlu ke halaman berikut iaitu e-penyata gaji. Selepas itu login dan buka seperti biasa.Saya kira boleh juga diakses menggunakan telepon pintar.Terpulang kepada anda mengikut kesesuaian dan kemampuan.

 

Ada satu masalah yang kita khuatiri akan berlaku jika ada pihak yang mengodam informasi ini dengan niat yang tak betul,Bila dah tak betul mereka mungkin menggunakan untuk tujuan penipuan dan sebagainya.Saya amat percaya sistem yang dimiliki oleh pihak yang terbabit tidak mudah untuk dicerobohi.Adapun lebih baik kita sentiasa berjaga dan beringat selalu.

 

Dalam pada itu saya percaya penyata gaji yang telah dipermudahkan ini dapat menjimat kos.Sudah tentu kos kertas.Ada yang tidak perlukan penyata gaji maka usah cetak.Bagilah peluang kepada mereka memang ada keperluan.Cara begini dapat menyelamatkan pokok dalam masa yang sama.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

23.4.14

Panduan Ringkas Atasi Latah

Mungkin ada yang mencari panduan ringkas atasi  latah.Jadi lebih baik kita kenal dulu  apa itu latah.Latah merupakan satu sindrom yang menjadi bahan lawak di kalangan rakan-rakan.Si penghidap latah akan ditertawakan dan suasana akan menjadi gamat kerana tindak balas yang diterimanya.

 

Panduan Ringkas Atasi Latah

 

Realitinya orang latah bukan mahu menjadi begitu.Jadi orang normal tidak sepatutnya mengganggu mereka walaupun niat untuk suka-suka.Kalau kita berterusan mengusik orang latah seolah-olah kita mendoakan orang tersebut kekal latah.Dari segi akhlak kita telah menjatuhkan maruah seseorang dan kita pun sama dua kali lima yakni sama rendah akhlaknya.

 

Menurut pakar psikologi latah adalah penyakit saraf yang menyebabkan si penghidap hilang kawalan diri.Mereka akan meniru aksi orang lain,bercakap lucah,melaksanakan arahan orang lain dengan tidak sengnaja dan pelbagai lagi.

 

Panduan Ringkas Atasi Latah

Penghidap latah yang beragama Islam amat disarankan untuk beristigfhar dan berselawat.Ini kerana latah berpunca dari hati dan fikiran yang sukar dikawal.Jadi sebagai orang Islam itulah pengawalan terbaik kerana hanya Allah SWT sahaja boleh memberi petunjuk dan jalan mengatasinya.

 

Sekiranya pengidap latah sudah mengalami tahap kritikal digalakkan mengambil ubat anti cemas,Pastikan dapat nasihat dari doktor terlebih dahuluTak boleh buat sebarangan.Lain pula jadinya nanti.

 

Ada satu kaedah terapi yang kurang sihat telah diaplikasi olah pihak barat untuk menangani latah.Mereka menyuruh pengidap menonton filem lucah.Ketika mereka menonton filem tersebut aksi mereka turut dirakam.Selepas itu ditunjukkan kembali kepada mereka supaya tindakan itu memberi rasa malu dan segan kepada pengidap.

 

Saya rasa kaedah ini kurang praktikal untuk orang Islam kerana terang-terang sudah terjebak dengan zina mata.Mana boleh pakai kat orang Islam.Bagaimana pula dengan makcik-makcik.Lagi parah jadinya.Namun begitu saya menghormati juga  budaya barat yang konon-kononnya fikiran terbuka (open minded).Malahan saya amat sokong jika ada yang berfikiran tertutup dalam soal haram dan halal.

 

Orang yang normal pula usahakan untuk tidak mengganggu mereka yang latah.Gunakan rasa kasihan anda supaya si pelatah menghadapi cara hidup normal seperti kita.Gunakan juga pertimbangan akal anda yang sihat itu untuk memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sihat seperti anda.Maaf.Saya risau orang yang  suka mengganggu orang latah akan berjangkit lambat laun nanti.Tolonglah ya.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

.

22.4.14

Tak Kenal Maka Tak Mesra

Tak kenal maka tak mesra.Siapakah orangnya itu?Ya.Sudah tentu saya orangnya.Ada yang sudah mengenal saya.Mungkin ada juga yang baru tahu kehadiran saya dalam dunia blogger tanahair.Jadi selepas ini jangan malu dan jangan segan.Bila dah kenal maka bolehlah jadi pembaca dan penulis mesra.

Nama saya Mohd Hanafi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Hanafi Abdullah .Seorang penduduk peribumi Sarawak yang berketurunan Melanau.Dilahirkan di sebuah daerah yang agak terpencil.Jika ada yang pernah ke Dalat maka itulah daerah tempat kelahiran saya.Kira-kira 30 minit  perjalanan dari bandar Mukah.Rata-rata penduduk di daerah saya adalah penganut Kristian,Pagan dan minoriti sahaja beragama Islam.

Umur saya tak nak cakaplah.Cukup sekadar menghampiri 40 tahun.Boleh dikatakan bukan muda dan bukan juga tua.Kalau diikutkan hati saya mahu kembali menjadi muda remaja yang berumur belasan tahun.Sudah tentu ingin kembali ke sekolah dan belajar sungguh-sungguh supaya dapat kelayakan akademik yang tinggi.Namun ia cumalah bayangan gurauan dan mana mungkin masa boleh berundur lagi.Betul tak?.

Tak kenal maka tak mesra

Saya sudah berkeluarga dan dikurniakan 3 cahaya mata.Anak-anak pun semakin membesar.Boleh dikatakan keluarga bahagia.Ada rumah dan kereta untuk keperluan harian.Malah ada kerjaya yang boleh menyokong kehidupan walaupun masih berada dibawah paras keselesaan.Kaya dan senang.Oh! Belum lagi.Insya Allah kalau ada rezeki memang ke arah itu.

Pada tahun 2009 saya baru kenal dunia blogger.Media sosial ketika itu taklah semeriah sekarang.Saya suka blog hanya sebagai pembaca senyap.Saya akan baca blog ke satu blog tanpa meninggalkan sebarang komen.Lama-kelamaan saya berkeinginan untuk menulis blog.Jadi blogspotlah tempat saya belajar mengenali dunia blog.Kini semakin aktif menggunakan perkhidmatan  ,Facebook dan Tweeter

Blog ketika itu sekadar main-main sahaja.Saya lebih memfokuskan kepada aktiviti Pemasaran Internet.(IM).Pada masa itu saya berjinak-jinak dengan penjualan website reseller dan sistem affiliate.Pendapatan adalah sekali sekala masuk.Namun jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan hidup ketika itu.Kebetulan juga  saya telah  berhenti kerja.Kisah ini pernah saya tulis dalam ‘'Kisah Benar Yang Terbongkar’’

Akhirnya pada Disember 2012 saya kembali aktif berblogging.Bermula dengan blogspot dan beberapa bulan kemudian melabur sedikit duit untuk membeli domain dan hosting sendiri.Berjaya juga menceburkan diri dalam dunia Wordpress.Dengan itu kakiblog.my telah menjalar dari blog ke blog atas usaha saya membuat blogwalking.

Selama 10 bulan saya menulis dan menulis blog secara konsisten dalam blog tersebut.Sayangnya blog ini telah dilanda musibah.Dalam masa yang sama saya menghadapi krisis kewangan yang meruncing.Jadi saya tiada sumber pendapatan lebih baik dari gaji maupun blog.Pada dasarnya kemelut saya ini amat mudah diselesaikan jika ada Ringgit Malaysia sebagai pengerasnya.Pilihan terbaik saya pendamkan rasa dengan penuh sabar sambil menunggu dana lebihan gaji.

Mungkin ada yang berpendapat,bukan semua blogger boleh berjaya menghasilkan duit dalam tahun pertama penglibatan mereka dalam dunia blogging.Ya.Saya memang setuju  kerana proses pemanasan ‘enjin’ saya memang agak lambat.Misalnya dalam penguasaan kemahiran SEO masih lemah dan mutu penulisan belum ke tahap memukau para pembaca lagi.Kelebihan saya kepada sifat gigih dan kerja keras.

Cabaran dari orang rumah juga terasa bahangnya.Pengorbanan masa dan wang untuk membeli broadband internet setiap bulan belum menampakkan hasilnya.Sebab itu sindiran semakin terasa setiap hari.Memandangkan saya memang jenis ‘degil’ maka sukar untuk saya berpatah arah.Saya teruskan untuk berblogging ketika menghadapi kekangan dan kegetiran hidup.Sebab apa.Sebab saya percayakan diri sendiri akan berjaya juga bila tiba masanya.

Atas sebab itu saya tetap bertahan.Paling mengujakan lagi saya telah merancang untuk membina blog Wordpress yang baharu.Niche yang baharu.Malah motif penulisan cenderung kepada komersial.Buat duit dari blog dan menjadi blogger sebagai kerjaya utama.Insya Allah akan menjadi Blogger sepenuh masa  pada masa yang sesuai nanti.

Akhir kata saya berharap rakan-rakan blogger dan para pembaca blog ini terus setia menyokong saya dari segi kewangan moral.Sebab itu saya wajib mengucapkan sejuta terima kasih untuk anda.Selain itu memohon sejuta kemaafan jika ada terkasar bahasa yang boleh menguris hati dan perasaan.Semoga kita gembira selalu,tenang dan bahagia hendaknya.

21.4.14

9 Adab Bersedekah Orang Islam

Ada 9 adab bersedekah orang Islam.Walaupun kita sedia maklum bahawa sedekah itu adalah hak peribadi.Namun adab perlu dijaga supaya sedekah kita ada nilai yang besar pada penilaian Allah SWT.

 

9 Adab Bersedekah Yang Popular

 

1.Bersedekah dari sumber yang halal dan baik

Dalam soal ibadah hanya yang baik dan bersih sahaja dapat diterima.Lain dari itu tidak diterima.Noktah.

 

2.Bersedekah dari benda yang terbaik

Bersedekah adalah satu ujian.Ketika bersedekah kita akan teruji benar-benar untuk memberikan barang yang kita sayangi kepada orang lain.Lagi bagus barang itu lagi baik.

 

3.Bersedekah dengan menghindarkan perasaan riak.

Tidak dinafikan akan ada perasaan bangga dengan apa yang kita sedekahkan kepada orang lain.Timbul sahaja perasaan begini lebih baik kita beristighfar kerana ia adalah bisikan syaitan.

 

4.Bersedekah dengan rahsia

Kalau nak bersedekah lebih baik diam sahaja.Buat apalah kecoh satu taman perumahan untuk mencanangkan sedekah kita tadi.Lagipun tujuan kita bersedekah kerana Allah SWT.

 

5.Jangan mengharap apa-apa dari sedekah

Sukar untuk dinafikan bahawa dengan bersedekah kita hanya mengharapkan ganjaran besar dari Allah SWT.Memang betul pun dan takut pula lama kelamaan  kita sangat berkira-kira dalam bersedekah.Lebih molek kita hanya mengharapkan keredhaanNya berbanding memikirkan jumlah amal yang kita telah lakukan.

 

6.Memberi sedekah dengan wajah gembira

Tujuan kita bersedekah untuk memberikan rasa gembira kepada orang yang menerima sedekah.Bayangkan kita menghulur sedekah dengan muka masam.Sudah tentu si penerima tadi akan rasa serba salah.

 

7.Memberi sedekah kepada orang yang lebih memerlukan

Bukan nilai pahala yang menjadi keutamaan.Apa yang paling baik ialah memberi sedekah kepada mereka yang sangat menghendakinya.Utamakan sanak keluarga dahulu kerana tanggungjawab masih tertanggung dengan kat situ.

 

8.Jangan bertangguh dalam urusan sedekah

Ada orang kata  bersedekah ketika hidup sudah kaya.Konsep begini kurang tepat.Kita tidak pasti ajal bila akan berakhir.Jika ada peluang bersedekah segeralah kerana ianya seperti pelincir untuk menjadi kaya.

 

9.Bila dah bersedekah jangan diungkit lagi

Perumpamaan saya cukup mudah.Namun kasar bunyinya.Bersedekah seperti membuang sampah.Apabila dah memberi sedekah jangan dikenang lagi.Lupakan sahaja dan padamkan dalam memori.

 

Ilmu yang saya kongsikan ini adalah hasil pembacaan saya ke atas buku tulisan Akmal Hj M. Zain yang berjudul ‘Tolak Bala Dengan Bersedekah’.Dalam buku tersebut lebih lengkap dan terperinci penerangannya.Sudah pasti dinyatakan dengan ayat al-Quran dan al Hadis.

 

Anda juga boleh lanjutkan bacaan untuk Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini! Manalah tahu dengan adanya rezeki yang mencurah-curah anda lebih ligat untuk bersedekah.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

20.4.14

Menulis Untuk Dapat Duit

Saya ingin sekali  menulis untuk   dapat duit.Mungkin dengan cara mudah atau susah.Kadang-kadang saya mencabar diri untuk menulis lebih serius. Anda sebagaimana saya dahulu  mungkin menulis perkara mudah sebelum mencuba sesuatu yang lebih mencabar.

 

tulis dan dapat duit

 

Bonus lain ialah anda dibayar untuk penulisan yang anda buat! Ianya boleh  diwarisi kepada waris anda walaupun anda telah meninggal dunia. Ya! Inilah perkara yang tidak diketahui oleh ramai orang. Royalti daripada penulisan buku boleh diwariskan kepada ahli keluarga anda. Ya.Itu hebatnya mereka mahir dalam bidang penulisan.

 

Jadi anda meninggalkan royalti selama 50 tahun untuk keluarga anda walaupun anda sudah tiada lagi. Selagi buku anda dijual dipasaran.Selagi itulah keluarga anda akan menerima hasil daripada usaha yang anda lakukan sekarang.

 

Sudah ramai penulis mencipta nama sebagai pakar dan terkenal. Malah mereka menjadi rujukan jika sebarang isu berlaku berkaitan dengan bidang yang ditulis. Begitulah pengaruh yang diperolehi oleh mereka yang menjadi penulis buku.

 

Bukan itu sahaja, ramai diantara penulis kini menjadi "trainer profesional" kesan daripada buku-buku yang diterbitkan. Anda pasti mengenali Dr. Fadzilah Kamsah, Dr.Asmadi, Dr. H.M Tuah dan ramai lagi penulis mencipta nama setelah buku buku mereka diterbitkan.

 

Ia adalah satu "booster" kepada kerjaya dan peluang kepada sumber "buat duit" yang lain.

 

Kerjaya ini boleh dilakukan samada sepenuh masa atau secara separuh masa. Sesiapa sahaja boleh melakukannya.

 

Apa yang perlu anda ada ialah sebuah komputer dan talian internet. Itu sahaja keperluan yang diperlukan oleh seorang penulis. Ia sudah ada di setiap rumah di Malaysia pada hari ini.

 

order

Klik kat link untuk maklumat lanjut [LINK]

 

 

{Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

19.4.14

Cara Mudah Menghalau Lalat

Ada cara mudah untuk  menghalau lalat.Ini kerana kehadiran lalat merimaskan sesiapa sahaja di manapun berada.Tak kira di rumah atau di premis perniagaan makanan seperti restoran,kopitiam dan kafeteria.

 

Baru-baru ini saya telah mencuba satu teknik yang boleh tahan keberkesanannya.Dari segi kos ia memang murah.Paling penting teknik ini mesra alam kerana tidak melibatkan sebarang bahan kimia.Oleh itu penggunaan dalam jangka masa panjang amat menguntungkan.Ia pasti  membantu menyelesaikan masalah anda hadapi jika menghadapi ancaman lalat.

 

Kaedah Pertama : Air Lemon

Bauan lemon itu sendiri memang menyegarkan.Bau harum katakan.Lalat tak suka tapi manusia suka.Sebab itu sangat sesuai digunakan untuk menhalau lalat.

Cara menggunakan amat mudah.Potong lemon kepada hirisan kecil supaya mudah dihancur atau diperah jusnya.Air jusnya ditambah garam atau ditambah air.Itu terpulang kepada anda sendiri.

Cari kain bersih atau span.Jadi bilas dengan air jus lemon tadi untuk digunakan mengelap meja ataupun tempat yang menjadi sasaran lalat.

 

Kaedah Kedua : Air bilasan beras

Saya kutip petua ini dari seorang rakan sekerja.Katanya ia adalah petua dari nenek turun temurun.

Ambil air bilasan beras yang pertama kali.Selepas itu tambah dengan garam supaya ia bersifat alkali.Letak dalam bekas dan gunakan untuk rendam span atau kain yang bersih.

Selepas itu cubalah untuk mengelap meja atau kawasan yang menjadi sasaran lalat.Tolong perhati dalam seminit dua.Jika lalat tak nak datang lagi maka teknik yang kedua mujarab juga untuk dicuba.

 

Kaedah Ketiga : Perangkap lalat

Kaedah ketiga ini memerlukan sedikit belanja dari poket anda.Jika ianya keperluan maka tak salah untuk memilikinya sebagai jalan penyelesaian masalah kehadiran lalat.Alat ini anda boleh dapatkan dalam kedai Onlineman saya di ------------> SINI

Teknologi terbaru ini boleh menangkap segerombolan lalat yang bakal diperdaya! Lalat mempunyai keupayaan untuk membiak dan membahayakan kesihatan. Arahan Fly Catcher kami digunakan secara praktikal dipermukaan meja. Apabila perangkap lalat ini sedang beroperasi, jangan paksa pemutar berhenti dan jangan tolak kehadapan secara paksa atau jatuhkannya.

 

Perangkap lalat

klik pada gambar untuk info lanjut!!

 

Dengan ketiga-tiga cara tadi ternyata ada yang boleh didapati dengan percuma dan berbayar.Jika masalah lalat terlalu serius maka jangan segan dan silu untuk mendapatkan kaedah ketiga.Bolehkan.Boleh la..

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

18.4.14

Berganti Blog Untuk Mencari Yang Terbaik

Kini saya semakin ligat berganti blog untuk mencari yang terbaik.Itulah gara-gara sejak kehilangan blog wordpress tempohari .Buat itu tak jadi dan buat ini juga tak kena.Nasib baik kadar kewarasan saya masih kekal.Jadi jangan risau pulak.

 

Berganti Blog Untuk Mencari Yang Terbaik

 

Blogspot yang percuma sudah berapa kali bertukar domain.Bukan setakat domain malah template dan code html juga saya belasah sama.Alhamdulillah dengan cara ini saya lebih faham.Dulu terkial-kial nak buat.Ada masanya sehari suntuk.Tak siap-siap juga.Apabila fikir balik macam buang masa pun ada.

 

Setelah muhasabah diri ternyata apa yang saya ini ada hikmahnya.Orang putih kata ada hand on trainning.Kalau bukan sekarang bila lagi.Nak pergi kelas secara formal memang payah sedikit kerana peluang tersebut amat susah nak jumpa kat tempat saya sekarang.Lainlah kalau saya sendiri yang buka bengkel atau kelas belajar buat blog yang hebat.Adui, bermimpi lagi rupanya!

 

Jujurnya saya suka blog wordpress berbanding blogspot atau blogger.Blog yang berhosting dan berdomain sendiri memang perlukan kos.Namun rasa pemilikan dan hak jenama itu  kita yang punya.Paling tidak pun boleh dikomersial dalam jangka panjang.Itu saya punya pendapat.Lain orang lain pendapatnya.Saya hanya nak  yang terbaik.

 

Insya Allah dalam masa akan datang saya akan kembali ke dunia wordpress meninggalkan dunia blogspot.Harapan saya  supaya blog-blog dalam blogspot boleh memberi sumbangan tidak langsung ke atas blog baru nanti.Ini tidak bermakna saya seperti kacang lupakan kulit ataupun seperti pepatah orang Sarawak, buang batu.Perg!!

 

Mengimbas kembali pembabitan saya dalam dunia blog sejak 2009 dan aktif akhir tahun 2012 sukar untuk dilupakan.Masa yang berlaku begitu pantas.Entri yang saya tulis telah mencecah ribuan juga.Itupun kalau disemak dengan teliti.

 

Banyak entri popular saya tulis dalam blog wordpress.Mungkin sama banyak juga dengan blogspot.Banyak atau sikit tak penting.Apa yang penting mutu dan kemahiran menulis saya.ada mengalami peningkatan.Adalah sikit-sikit kerana saya konsisten menulis entri yang panjangnya 300 patah perkataan itu hampir setiap hari.

 

Saya tetap akan menulis blog.Menulis blog memberi kepuasan.Sebagaimana kata-kata saya yang terdahulu, buat duit dari blog sahaja belum ada rasa puas.Anda pula bagaimana?

 

‘’Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda’’

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

17.4.14

Rahsia Pemikiran Kreatif Yang Hebat

Pemikiran yang kreatif amat diperlukan dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang,Dunia hari ini semakin kompleks.Pelbagai ilmu baru wujud dan dalam masa yang sama cabaran demi cabaran akan bersilih ganti.

 

Orang yang berupaya dan menguasai pemikiran kreatif  dengan baik boleh menikmati kehidupan dengan mudah dan tenang walaupun disebalik kegentiran hidup yang melampau.Saya tidak bermaksud mengenepikan soal keimanan dan kepercayaan.Hidup di dunia dan akhirat saling berkait.Namun jika guna akal dan fikiran dengan baik maka kedua-duanya bukan sesuatu mustahil dicapai nikmatnya.

 

rahsia pemikiran kreatif

 

Ada 8 ciri-ciri utama pemikiran kreatif yang boleh kita kenali dengan mudah.Orang yang selalu menggunakan cara pemikiran begini layaknya adalah seorang yang kreatif.

1.Melontarkan idea yang menyimpang dari norma biasa atau idea gila

2.Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut .Lagi banyak sudut lagi bagus.

3.Memberi fokus untuk mengubah idea asal.Perubahan biasanya lebih baik.

4.Mencari cara baru kepada penyelesian masalah yang sedia ada.

5.Sentiasa tidak berpuas hati dengan jawapan yang selalu digunakan.

6.Mengemukakan idea yang memeranjat semua pihak.

7.Tidak memerlukan idea logik.Kalau ada idea yang songsang itu yang lebih baik.

8.Sentiasa menumpukan sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

 

Umumnya pemikiran kreatif boleh dibentuk dan diasah dari kecil lagi,Semua orang ada potensi untuk berfikir secara kreatif.Bahasa kasanya selagi ada otak maka gunakan otak itu.Jangan taruh pada lutut.Biasanya kenyataan begini pun macam kreatif.

 

Tidak dinafikan memang sukar untuk mengubah cara berfikir seseorang.Ia sudah menjadi kerangka utama dalam minda.Kesukaran ini berpunca jika tiada ilmu dan jangkauan zon pemikiran yang terhad,Jika hari-hari cuma nak fikir diri sendiri sahaja maka sampai bilapun akan begitu.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan juga untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.

16.4.14

Misteri Kejadian Bulan Darah

Kejadian Bulan Darah atau Blood Moon ataupun Gerhana bulan  memang mengujakan.Fenomena ini adalah kejadian alam yang ada hikmah tersendiri.Paling tidak pun menunjukkan kepada kita bahawa alam itu milik Allah SWT dan kita mesti mengakuinya tanpa rasa berbelah bagi.

 

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.-wikipedia

 

Kejadian ini dapat disaksikan dengan jelas dan nyata di kawasan Greenwich,United Kingdom dan kawasan Eropah yang lain.Dari berita media elektronik yang saya perolehi didapati mereka cukup teruja untuk melihat kejadian yang jarang-jarang berlaku ini.Sanggup pula bersengkang mata dan menunggu berjam-jam pulak tu!

 

gerhana bulan

 

Seluruh dunia sibuk sekarang ini dengan kejadian bulan darah.Bagi mereka yang  hanya berfikir  kejadian alam memang kagum dan takjub.Kita pula yang beriman  akan bertambah takjub bukan kepada bulan tetapi kepada Allah SWT Yang Maha Mencipta dan pemilik MutlakNya.Kita terlalu kerdil jika dibandingkan dengan alam semesta yang sangat luas dan besar.Namun makhluk yang sebesar itu tetap pada patuh kepada ketentuan Allah SWT.

 

Mari kita lihat video yang dikongsikan dalam website oreonlive.com.Ianya sangat menarik dan mengujakan.Maha Suci Allah saya akui kebesaran Allah SWT.

 

Jom Tengok!!

Sebagai insan biasa saya memang minat tentang kejadian sainsTetapi tidaklah sampai  obses kerana ia cumalah sekadar kejadian alam.Kita hanya layak untuk benar-benar rasa kagum kepada si PemilikNya atau Si PenciptaNya.

 

Sudah tentu kepada Allah SWT.Harapan saya kepada rakan-rakan pembaca Islam yang lain jangan cepat terpengaruh dengan segala infomasi yang bersumber dari barat.Takut-takut ia adalah dakyah pihak tertentu untuk mengurangkan rasa agama kepada akal fikiran logik berdasarkan sains semata-mata.Wallahualam.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan juga untuk sebarkan entri ini melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan jasa anda menyebarkannya  saya dahului dengan mendoakan semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.

Cara Berkesan Untuk Menjadi Pakar SEO

Sesiapa sahaja berpeluang untuk menjadi pakar SEO dalam dunia internet.Syarat yang paling utama adalah keinginan dan semangat untuk belajar.Sebagaimana anak-anak kecil, mereka mempunyai sifat ingin tahu teramat tinggi.Begitulah sepatutnya   kepada kita jika benar benar nak berjaya.

 

pakar seo

SEO atau Search Engine Optimazation merupakan satu bidang yang amat pesat membangun.Namun perkara asas tetap sama iaitu kemampuan blog atau website menampakkan  pada halaman utama enjin carian ketika dicari oleh pencari maklumat.Kita tidak tahu bila mereka akan mencari maklumat.Apa yang pasti kita memerlukan mereka supaya blog kita akan sentiasa ada pengunjung.

 

Cara berkesan untuk menjadi pakar SEO ialah tak lain dan tak bukan, belajar dan mengaplikasi ilmu tersebut sebaik mungkin.Baik   secara formal maupun secara tak formal.Ada yang mengatakan tempoh matang untuk menjadi pakar ialah 3 tahun.Maksudnya dalam sehari ia mesti memfokuskan secara konsistem selama 1 jam sehari sepanjang 3 tahun tesebut.Jangan satu hari pun terlepas sehingga tamat tempohnya

 

Tidak dinafikan juga tahap kepakaran bergantung kepada tahap kemampuan individu itu sendiri.Ada yang jenis gigih dan sabar.Mereka tahan  menghadapi hari demi hari dengan  berlatih.Tak kurang juga jenis cepat dan mudah menguasai sesuatu perkara.Begitulah keunikan seorang manusia.Perbezaan ketara lebih kepada sikap berbanding kemampuan akal itu sendiri.

 

Sikap yang postif membawa aura yang tersendiri.Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini,sikap itu adalah petanda aras potensi kejayaan seseorang.Sikap yang betul dalam menguasai SEO memboleh mereka cepat menjadi pakar.Antaranya sikap yang merendah diri dan sentiasa menganggap diri masih kekurangan.Tentunya lebih mudah ilmu baru masuk dalam minda.

 

Tidak semua ilmu boleh diperolehi dengan cara percuma.Ada harga yang perlu dibayar kerana nilainya yang sangat tinggi.Orang yang terdahulu misalnya dapat menguasai ilmu SEO kerana telah  melabur  banyak wang dan masa.Tentunya mereka pernah bersengkang mata,bekerja siang dan malam demi ilmu SEO tadi.Kewajarannya di sini ialah apalah sangat kalau harga dalam lingkungan RM100.Namun hasilnya berganda-ganda.Biarlah berkorban sedikit untuk  mengeluarkan belanja berbanding dengan orang sebelumnya.Ada yang ribu-riban juga.

 

Saranan saya untuk anda ialah dapatkan ebook hebat yang bertajuk Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu.Buku ini telah ditulis oleh pakar SEO Malaysia.Manalah tahu anda juga bakal menjadi pakar SEO  sebagaimana meraka yang telah berjaya.

 

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan juga untuk sebarkan entri ini melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan jasa anda menyebarkannya  saya dahului dengan mendoakan semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.

15.4.14

Harum Malam Seharum Namanya

Harum Malam sememangnya  nama yang sedap untuk disebut dan senang pula untuk diingat.Saya percaya ada yang biasa dengar dan tak mustahil juga baru tahu tentang Harum Malam.Mari kita mengenalinya dengan lebih lanjut.

 

Harum Malam  merupakan satu produk kesihatan untuk kaum hawa.Satu produk yang menjadi fenomena di Malaysia ketika ini.Tahniah kepada syarikat Legacy Secret Sdn Bhd kerana telah berjaya mengeluarkan produk kesihatan wanita yang terbaik.Lebih molek lagi ia adalah buatan Malaysia yang mendapat pengiktirafan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

 

Harum-Malam_thumb

 

Berikut ialah kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam Harum Malam.Sesiapa yang berpeluang untuk mengamalkannya maka manfaat ini akan dirasai oleh mereka.Dah banyak testimoni   positif  yang sepatutnya kita juga turut mengalami.Itupun kalau dah mencuba.Kalau tak cuba tak akan tau khasiat secara praktikal.

 

Makanan tambahan ini dirumus khas untuk kaum hawa. Ia amat berkesan serta mengandungi pelbagai khasiat dan boleh didapati dalam harga yang berpatutan. Antara khasiatnya adalah:

 

1.Mengencang otot kewanitaan.
2.Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
3.Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
4.Melegakan panas badan.
5.Menegangkan payudara.
6.Memulihkan rasa rapat.
7.Membantu menyegar & menyihatkan badan.
8.Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
9.Menambah keharmonian suami isteri.
10.Menyihatkan rahim.
11.Mencantikkan payudara agar sihat & montok.
12.
Bertenaga dan mengatasi masalah faraj kering
13.Membantu mengetatkan dan menganjalkan faraj
14.Hilang hanyir haid
15.Menghilangkan keputihan
16.Membantu bunuh bakteria dalam saluran kencing dan atasi masalah kerap kencing
17.Mengurangkan tekanan
18.Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
19.Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

 

Kalau dilihat dari segi harga memang berbaloi dengan khasiat yang bakal anda nikmati selepas ini.Jadi apa tunggu lagi.Dapatkan produk Harum Malam secara online di link bawah ini:

 

>>> KEDAI ONLINEMAN-PRODUK HARUM MALAM  <<<

 

Jujur saya katakan bahawa ramuan yang ada dalam Harum Malam bukan calang-calang.Itu ramuan kelas pertama dalam perubatan tradisional.Ada 14 jenis ramuan yang diadun dengan sempurna untuk menjadi produk Harum Malam antara yang terbaik setakat ini.

 

Benua Asia memiliki seribu satu bahan berkhasiat semula jadi dan bahan-bahan itulah yang digunakan untuk menghasilkan sebotol Harum Malam.Berikut adalah bahan-bahan yang terkandung dalam setiap botol Harum Malam:

 

1.Extrak ros
2.Extrak sireh
3.Buah tin
4.Kismis
5.Madu
6.Goji
7.Limau purut
8.Strawberry
9.Pueraria mifrica(buah Kwao Krua )
10.Kayu serapat
11.Buah delima
12.Manjakani
13.Pueraria lobata(Kudzu root)
14.Senna

 

Dalam keterujaan anda nak menikmati khasiat Harum Malam jangan lupa cara pengambilan yang betul seperti berikut.Ingat ia adalah cara untuk memastikan anda mendapat khasiat dengan lebih mujarab dan berkesan.

 

Cara Pengambilan Paling Baik Diamalkan:

Pagi: satu sudu sebelum sarapan.

Malam: satu sudu sebelum tidur.

* Guna sudu plastik, salah satu bahannya adalah madu. Madu akan terkesan khasiatnya jika menggunakan sudu besi.

Rasa akan lebih sedap jika disimpan dalam peti sejuk.

Diakui ramai, Harum Malam adalah solusi terbaik untuk kesihatan wanita!

 

Lagi bonus untuk anda.Saya dengan rasa lapang dada berkongsikan info yang hebat ini.Semoga info ini betul-betul memberi manfaat kepada kaum hawa baik yang muda,tua,mak orang atau anak dara orang.

 

tip-jaga-faraj_thumb

 

p/s : Sila dapatkan segera produk Harum Malam di ----------------->Kedai Onlineman

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan juga untuk sebarkan entri ini melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan jasa anda menyebarkannya  saya dahului dengan mendoakan semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.

14.4.14

Mukadimah Blog Entri Popular

Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog Entri Popular.Blog ini akan memaparkan segala maklumat dan info yang popular dalam dunia blogger,media sosial dan media masa.Ini bermaksud skop blog ini adalah luas dan tiada pengkhususan kepada sebarang niche yang menjadi trademark dalam dunia maya.

Visi Blog Entri Popular adalah untuk memastikan setiap entri yang ditulis dan disiarkan ini memberi manfaat kepada pembaca.Konsep kongsi dan sebar  kebaikan akan menjadi mekanisme terbaik untuk memastikan entri dalam blog ini menjadi popular.Bukan niat saya untuk menyatakan bahawa entri popular adalah yang terbaik.

Saya mengakui masih daif dan lemah dalam penulisan blog.Jadi  mana mungkin boleh mendabik dada sekiranya entri blog ini semakin popular.Saya cuma berusaha sebaik mungkin supaya entri menjadi popular.Agenda saya  supaya mesej yang ingin  disampaikan lebih luas sasarannya.Lagi luas penyebaran  maka lagi besar potensi untuk popular.

Blog Entri Popular

Misi saya untuk blog ini amat mencabar.Saya mesti belajar SEO  bermula dari tahap asas.Sebab dengan kemahiran SEO ini saya boleh memastikan blog Entri Popular bukan sekadar gah pada nama sahaja.Sebaliknya boleh berada pada halaman utama enjin carian supaya  pelawat organik dapat menemuinya dengan mudah.

Selain bermain dengan SEO, saya juga memfokuskan kepada pemasaran kandungan  atau  marketing content.Ya.Inilah bab yang saya kira cukup mencabar.Saya tidak boleh menulis sebarangan.Saya mesti pastikan  entri blog ini  bermanfaat.Meskipun tidak sebaik tulisan seorang pakar, saya wajib menulis entri yang berkualiti dan ada nilai tambahnya.

Sesuai dengan situasi muktahir tentunya entri blog ini akan berkampung di media sosial seperti Facebook,Tweeter dan Google Plus.Mungkin belum masanya lagi untuk  meluaskan ke Instagram,Youtube dan Linked In.Kalau nak kuasai semua ada kemungkinan kita tak makan dan tak minum.Lagi parah kalau tak solat kerana asyik dengan media sosial.Takut nanti menjadi obses online sehingga lupa pula kepada alam kubur dan seterunya alam akhirat.Adui..ambik kau.aku!

Rasa-rasanya begitulah harapan saya terhadap blog ini.Terpulang pula kepada anda untuk menilainya lagi.

{ Pesanan Peribadi dari penulis }
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

Digalakkan juga untuk menyebarkan entri ini melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut saya doakan anda murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia selalu.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.