19.4.14

Cara Mudah Menghalau Lalat

Ada cara mudah untuk  menghalau lalat.Ini kerana kehadiran lalat merimaskan sesiapa sahaja di manapun berada.Tak kira di rumah atau di premis perniagaan makanan seperti restoran,kopitiam dan kafeteria.

 

Baru-baru ini saya telah mencuba satu teknik yang boleh tahan keberkesanannya.Dari segi kos ia memang murah.Paling penting teknik ini mesra alam kerana tidak melibatkan sebarang bahan kimia.Oleh itu penggunaan dalam jangka masa panjang amat menguntungkan.Ia pasti  membantu menyelesaikan masalah anda hadapi jika menghadapi ancaman lalat.

 

Kaedah Pertama : Air Lemon

Bauan lemon itu sendiri memang menyegarkan.Bau harum katakan.Lalat tak suka tapi manusia suka.Sebab itu sangat sesuai digunakan untuk menhalau lalat.

Cara menggunakan amat mudah.Potong lemon kepada hirisan kecil supaya mudah dihancur atau diperah jusnya.Air jusnya ditambah garam atau ditambah air.Itu terpulang kepada anda sendiri.

Cari kain bersih atau span.Jadi bilas dengan air jus lemon tadi untuk digunakan mengelap meja ataupun tempat yang menjadi sasaran lalat.

 

Kaedah Kedua : Air bilasan beras

Saya kutip petua ini dari seorang rakan sekerja.Katanya ia adalah petua dari nenek turun temurun.

Ambil air bilasan beras yang pertama kali.Selepas itu tambah dengan garam supaya ia bersifat alkali.Letak dalam bekas dan gunakan untuk rendam span atau kain yang bersih.

Selepas itu cubalah untuk mengelap meja atau kawasan yang menjadi sasaran lalat.Tolong perhati dalam seminit dua.Jika lalat tak nak datang lagi maka teknik yang kedua mujarab juga untuk dicuba.

 

Kaedah Ketiga : Perangkap lalat

Kaedah ketiga ini memerlukan sedikit belanja dari poket anda.Jika ianya keperluan maka tak salah untuk memilikinya sebagai jalan penyelesaian masalah kehadiran lalat.Alat ini anda boleh dapatkan dalam kedai Onlineman saya di ------------> SINI

Teknologi terbaru ini boleh menangkap segerombolan lalat yang bakal diperdaya! Lalat mempunyai keupayaan untuk membiak dan membahayakan kesihatan. Arahan Fly Catcher kami digunakan secara praktikal dipermukaan meja. Apabila perangkap lalat ini sedang beroperasi, jangan paksa pemutar berhenti dan jangan tolak kehadapan secara paksa atau jatuhkannya.

 

Perangkap lalat

klik pada gambar untuk info lanjut!!

 

Dengan ketiga-tiga cara tadi ternyata ada yang boleh didapati dengan percuma dan berbayar.Jika masalah lalat terlalu serius maka jangan segan dan silu untuk mendapatkan kaedah ketiga.Bolehkan.Boleh la..

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

mrhanafi

Mengenali dunia blogger sejak 2009.Kini semakin serius untuk menulis blog dengan gaya tersendiri.Amat meminati SEO,pemasaran media sosial dan akan menjadi Fulltime Blogger.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.