18.4.14

Berganti Blog Untuk Mencari Yang Terbaik

Kini saya semakin ligat berganti blog untuk mencari yang terbaik.Itulah gara-gara sejak kehilangan blog wordpress tempohari .Buat itu tak jadi dan buat ini juga tak kena.Nasib baik kadar kewarasan saya masih kekal.Jadi jangan risau pulak.

 

Berganti Blog Untuk Mencari Yang Terbaik

 

Blogspot yang percuma sudah berapa kali bertukar domain.Bukan setakat domain malah template dan code html juga saya belasah sama.Alhamdulillah dengan cara ini saya lebih faham.Dulu terkial-kial nak buat.Ada masanya sehari suntuk.Tak siap-siap juga.Apabila fikir balik macam buang masa pun ada.

 

Setelah muhasabah diri ternyata apa yang saya ini ada hikmahnya.Orang putih kata ada hand on trainning.Kalau bukan sekarang bila lagi.Nak pergi kelas secara formal memang payah sedikit kerana peluang tersebut amat susah nak jumpa kat tempat saya sekarang.Lainlah kalau saya sendiri yang buka bengkel atau kelas belajar buat blog yang hebat.Adui, bermimpi lagi rupanya!

 

Jujurnya saya suka blog wordpress berbanding blogspot atau blogger.Blog yang berhosting dan berdomain sendiri memang perlukan kos.Namun rasa pemilikan dan hak jenama itu  kita yang punya.Paling tidak pun boleh dikomersial dalam jangka panjang.Itu saya punya pendapat.Lain orang lain pendapatnya.Saya hanya nak  yang terbaik.

 

Insya Allah dalam masa akan datang saya akan kembali ke dunia wordpress meninggalkan dunia blogspot.Harapan saya  supaya blog-blog dalam blogspot boleh memberi sumbangan tidak langsung ke atas blog baru nanti.Ini tidak bermakna saya seperti kacang lupakan kulit ataupun seperti pepatah orang Sarawak, buang batu.Perg!!

 

Mengimbas kembali pembabitan saya dalam dunia blog sejak 2009 dan aktif akhir tahun 2012 sukar untuk dilupakan.Masa yang berlaku begitu pantas.Entri yang saya tulis telah mencecah ribuan juga.Itupun kalau disemak dengan teliti.

 

Banyak entri popular saya tulis dalam blog wordpress.Mungkin sama banyak juga dengan blogspot.Banyak atau sikit tak penting.Apa yang penting mutu dan kemahiran menulis saya.ada mengalami peningkatan.Adalah sikit-sikit kerana saya konsisten menulis entri yang panjangnya 300 patah perkataan itu hampir setiap hari.

 

Saya tetap akan menulis blog.Menulis blog memberi kepuasan.Sebagaimana kata-kata saya yang terdahulu, buat duit dari blog sahaja belum ada rasa puas.Anda pula bagaimana?

 

‘’Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda’’

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

mrhanafi

Mengenali dunia blogger sejak 2009.Kini semakin serius untuk menulis blog dengan gaya tersendiri.Amat meminati SEO,pemasaran media sosial dan akan menjadi Fulltime Blogger.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.