17.4.14

Rahsia Pemikiran Kreatif Yang Hebat

Pemikiran yang kreatif amat diperlukan dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang,Dunia hari ini semakin kompleks.Pelbagai ilmu baru wujud dan dalam masa yang sama cabaran demi cabaran akan bersilih ganti.

 

Orang yang berupaya dan menguasai pemikiran kreatif  dengan baik boleh menikmati kehidupan dengan mudah dan tenang walaupun disebalik kegentiran hidup yang melampau.Saya tidak bermaksud mengenepikan soal keimanan dan kepercayaan.Hidup di dunia dan akhirat saling berkait.Namun jika guna akal dan fikiran dengan baik maka kedua-duanya bukan sesuatu mustahil dicapai nikmatnya.

 

rahsia pemikiran kreatif

 

Ada 8 ciri-ciri utama pemikiran kreatif yang boleh kita kenali dengan mudah.Orang yang selalu menggunakan cara pemikiran begini layaknya adalah seorang yang kreatif.

1.Melontarkan idea yang menyimpang dari norma biasa atau idea gila

2.Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut .Lagi banyak sudut lagi bagus.

3.Memberi fokus untuk mengubah idea asal.Perubahan biasanya lebih baik.

4.Mencari cara baru kepada penyelesian masalah yang sedia ada.

5.Sentiasa tidak berpuas hati dengan jawapan yang selalu digunakan.

6.Mengemukakan idea yang memeranjat semua pihak.

7.Tidak memerlukan idea logik.Kalau ada idea yang songsang itu yang lebih baik.

8.Sentiasa menumpukan sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

 

Umumnya pemikiran kreatif boleh dibentuk dan diasah dari kecil lagi,Semua orang ada potensi untuk berfikir secara kreatif.Bahasa kasanya selagi ada otak maka gunakan otak itu.Jangan taruh pada lutut.Biasanya kenyataan begini pun macam kreatif.

 

Tidak dinafikan memang sukar untuk mengubah cara berfikir seseorang.Ia sudah menjadi kerangka utama dalam minda.Kesukaran ini berpunca jika tiada ilmu dan jangkauan zon pemikiran yang terhad,Jika hari-hari cuma nak fikir diri sendiri sahaja maka sampai bilapun akan begitu.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan juga untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.

mrhanafi

Mengenali dunia blogger sejak 2009.Kini semakin serius untuk menulis blog dengan gaya tersendiri.Amat meminati SEO,pemasaran media sosial dan akan menjadi Fulltime Blogger.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.