16.4.14

Misteri Kejadian Bulan Darah

Kejadian Bulan Darah atau Blood Moon ataupun Gerhana bulan  memang mengujakan.Fenomena ini adalah kejadian alam yang ada hikmah tersendiri.Paling tidak pun menunjukkan kepada kita bahawa alam itu milik Allah SWT dan kita mesti mengakuinya tanpa rasa berbelah bagi.

 

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.-wikipedia

 

Kejadian ini dapat disaksikan dengan jelas dan nyata di kawasan Greenwich,United Kingdom dan kawasan Eropah yang lain.Dari berita media elektronik yang saya perolehi didapati mereka cukup teruja untuk melihat kejadian yang jarang-jarang berlaku ini.Sanggup pula bersengkang mata dan menunggu berjam-jam pulak tu!

 

gerhana bulan

 

Seluruh dunia sibuk sekarang ini dengan kejadian bulan darah.Bagi mereka yang  hanya berfikir  kejadian alam memang kagum dan takjub.Kita pula yang beriman  akan bertambah takjub bukan kepada bulan tetapi kepada Allah SWT Yang Maha Mencipta dan pemilik MutlakNya.Kita terlalu kerdil jika dibandingkan dengan alam semesta yang sangat luas dan besar.Namun makhluk yang sebesar itu tetap pada patuh kepada ketentuan Allah SWT.

 

Mari kita lihat video yang dikongsikan dalam website oreonlive.com.Ianya sangat menarik dan mengujakan.Maha Suci Allah saya akui kebesaran Allah SWT.

 

Jom Tengok!!

Sebagai insan biasa saya memang minat tentang kejadian sainsTetapi tidaklah sampai  obses kerana ia cumalah sekadar kejadian alam.Kita hanya layak untuk benar-benar rasa kagum kepada si PemilikNya atau Si PenciptaNya.

 

Sudah tentu kepada Allah SWT.Harapan saya kepada rakan-rakan pembaca Islam yang lain jangan cepat terpengaruh dengan segala infomasi yang bersumber dari barat.Takut-takut ia adalah dakyah pihak tertentu untuk mengurangkan rasa agama kepada akal fikiran logik berdasarkan sains semata-mata.Wallahualam.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan juga untuk sebarkan entri ini melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan jasa anda menyebarkannya  saya dahului dengan mendoakan semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.

mrhanafi

Mengenali dunia blogger sejak 2009.Kini semakin serius untuk menulis blog dengan gaya tersendiri.Amat meminati SEO,pemasaran media sosial dan akan menjadi Fulltime Blogger.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.