25.4.14

Risiko Layan Telefon Ketika Memandu

Inilah adalah pandangan peribadi.Pandangan tentang Risiko Layan  Telefon Ketika Memandu.Nasihat saya sila pastikan guna hand free ketika menjawab atau membuat panggilan telefon sewaktu berada di jalanraya.Apa-apapun saya anggap ia adalah pilihan yang terakhir dan bukan yang terbaik.

 

Ada sebab yang jelas mengapa memandu guna telepon bimbit tanpa alat bebas tangan   sangat berisiko.

 

Risiko Layan Telefon Ketika Memandu

Info e-Buku Terbaik Ada Di SINI

 

Manusia secara lumrahnya jenis yang mudah lupa.Boleh cuai dan pasti juga akan melakukan kesilapan .Asyik bertelefon boleh mengundang padah jika ada  jenis manusia yang tidak mampu melakukan dua kerja dalam masa yang sama.Kemalangan akan berlaku kerana daya fokus memandu terganggu.

 

Saya selalu perhatikan orang yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu akan memperlahankan kenderaan.Lebih parah jika menggunakan laluan sebelah kanan.Semua orang sedar bahawa  laluan kanan adalah untuk pemanduan laju.Sudah pasti menyusahkan pengguna lain jika memandu perlahan di laluan laju gara-gara asyik layan telefon.

 

Tempat yang berbahaya ketika asyik bertelefon biasanya bulatan.Kalau jalan raya di Sarawak bulatan adalah trademark.Mahu atau tidak terpaksa akan dilalui juga.Sewaktu memandu melewati bulatan, fokus perlu ditingkatan.Ini kerana ada kereta depan dan belakang.Kenderaan yang berada di kiri dan kanan boleh bila-bila masa sahaja memintas kita.Jika dah layan dengan telefon bagaimana nak  fokus dengan apa yang berlaku ketika memandu.

 

Pengaruh media sosial amat kuat.Kita seperti makan,minum,mandi,tidur dan kerja semuanya berorientasikan media sosial.Semua perkara remeh atau berat  kita kongsikan melalui Facebook,Tweeter dan Youtube.Pengaruhnya menjangkiti pengguna jalan raya pula.Ada yang sanggup update status Facebook ketika menunggu lampu isyarat merah.Tindakan kurang bijak ini bakal mengundang bahaya.Pengguna yang berada dibelakang kita boleh honkan kita jika lambat bergerak ketika lampu hijau.Saya harapkan honkan mereka supaya timbulkan rasa bersalah.

 

Ada lagi tak risiko layan telefon ketika memandu.Sudah tentu ada.Namun perkongsian saya cukup di sini dahulu.Saya hanya berharap hentikan segera aktiviti layan telefon ketika memandu.Jika terpaksa layan juga sila pastikan ada alat bebas tangan.Tetapi jangan lama-lama ye.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

mrhanafi

Mengenali dunia blogger sejak 2009.Kini semakin serius untuk menulis blog dengan gaya tersendiri.Amat meminati SEO,pemasaran media sosial dan akan menjadi Fulltime Blogger.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.