Nama saya Mohd Hanafi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Hanafi Abdullah .Seorang penduduk peribumi Sarawak yang berketurunan Melanau.Dilahirkan di sebuah daerah yang agak terpencil.Jika ada yang pernah ke Dalat maka itulah daerah tempat kelahiran saya.Kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Mukah.Rata-rata penduduk di daerah saya adalah penganut Kristian,Pagan dan minoriti sahaja beragama Islam.
Umur saya tak nak cakaplah.Cukup sekadar menghampiri 40 tahun.Boleh dikatakan bukan muda dan bukan juga tua.Kalau diikutkan hati saya mahu kembali menjadi muda remaja yang berumur belasan tahun.Sudah tentu ingin kembali ke sekolah dan belajar sungguh-sungguh supaya dapat kelayakan akademik yang tinggi.Namun ia cumalah bayangan gurauan dan mana mungkin masa boleh berundur lagi.Betul tak?.
Saya sudah berkeluarga dan dikurniakan 3 cahaya mata.Anak-anak pun semakin membesar.Boleh dikatakan keluarga bahagia.Ada rumah dan kereta untuk keperluan harian.Malah ada kerjaya yang boleh menyokong kehidupan walaupun masih berada dibawah paras keselesaan.Kaya dan senang.Oh! Belum lagi.Insya Allah kalau ada rezeki memang ke arah itu.
Pada tahun 2009 saya baru kenal dunia blogger.Media sosial ketika itu taklah semeriah sekarang.Saya suka blog hanya sebagai pembaca senyap.Saya akan baca blog ke satu blog tanpa meninggalkan sebarang komen.Lama-kelamaan saya berkeinginan untuk menulis blog.Jadi blogspotlah tempat saya belajar mengenali dunia blog.Kini semakin aktif menggunakan perkhidmatan Google+ ,Facebook dan Tweeter
Blog ketika itu sekadar main-main sahaja.Saya lebih memfokuskan kepada aktiviti Pemasaran Internet.(IM).Pada masa itu saya berjinak-jinak dengan penjualan website reseller dan sistem affiliate.Pendapatan adalah sekali sekala masuk.Namun jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan hidup ketika itu.Kebetulan juga saya telah berhenti kerja.Kisah ini pernah saya tulis dalam ‘'Kisah Benar Yang Terbongkar’’
Akhirnya pada Disember 2012 saya kembali aktif berblogging.Bermula dengan blogspot dan beberapa bulan kemudian melabur sedikit duit untuk membeli domain dan hosting sendiri.Berjaya juga menceburkan diri dalam dunia Wordpress.Dengan itu kakiblog.my telah menjalar dari blog ke blog atas usaha saya membuat blogwalking.
Selama 10 bulan saya menulis dan menulis blog secara konsisten dalam blog tersebut.Sayangnya blog ini telah dilanda musibah.Dalam masa yang sama saya menghadapi krisis kewangan yang meruncing.Jadi saya tiada sumber pendapatan lebih baik dari gaji maupun blog.Pada dasarnya kemelut saya ini amat mudah diselesaikan jika ada Ringgit Malaysia sebagai pengerasnya.Pilihan terbaik saya pendamkan rasa dengan penuh sabar sambil menunggu dana lebihan gaji.
Mungkin ada yang berpendapat,bukan semua blogger boleh berjaya menghasilkan duit dalam tahun pertama penglibatan mereka dalam dunia blogging.Ya.Saya memang setuju kerana proses pemanasan ‘enjin’ saya memang agak lambat.Misalnya dalam penguasaan kemahiran SEO masih lemah dan mutu penulisan belum ke tahap memukau para pembaca lagi.Kelebihan saya kepada sifat gigih dan kerja keras.
Cabaran dari orang rumah juga terasa bahangnya.Pengorbanan masa dan wang untuk membeli broadband internet setiap bulan belum menampakkan hasilnya.Sebab itu sindiran semakin terasa setiap hari.Memandangkan saya memang jenis ‘degil’ maka sukar untuk saya berpatah arah.Saya teruskan untuk berblogging ketika menghadapi kekangan dan kegetiran hidup.Sebab apa.Sebab saya percayakan diri sendiri akan berjaya juga bila tiba masanya.
Atas sebab itu saya tetap bertahan.Paling mengujakan lagi saya telah merancang untuk membina blog Wordpress yang baharu.Niche yang baharu.Malah motif penulisan cenderung kepada komersial.Buat duit dari blog dan menjadi blogger sebagai kerjaya utama.Insya Allah akan menjadi Blogger sepenuh masa pada masa yang sesuai nanti.
Akhir kata saya berharap rakan-rakan blogger dan para pembaca blog ini terus setia menyokong saya dari segi
Dja · 571 weeks ago
Entri Popular · 571 weeks ago
ema · 571 weeks ago
My recent post Gelagat anak bila bersukan
Entri Popular · 571 weeks ago
eyriqazz · 571 weeks ago
My recent post Ephyra – Semakin Ramai Yang Jatuh Cinta
Entri Popular · 571 weeks ago
Malizal · 571 weeks ago
My recent post 10 Senarai Pe la Cur Popular Sepanjang Zaman