23.4.14

Panduan Ringkas Atasi Latah

Mungkin ada yang mencari panduan ringkas atasi  latah.Jadi lebih baik kita kenal dulu  apa itu latah.Latah merupakan satu sindrom yang menjadi bahan lawak di kalangan rakan-rakan.Si penghidap latah akan ditertawakan dan suasana akan menjadi gamat kerana tindak balas yang diterimanya.

 

Panduan Ringkas Atasi Latah

 

Realitinya orang latah bukan mahu menjadi begitu.Jadi orang normal tidak sepatutnya mengganggu mereka walaupun niat untuk suka-suka.Kalau kita berterusan mengusik orang latah seolah-olah kita mendoakan orang tersebut kekal latah.Dari segi akhlak kita telah menjatuhkan maruah seseorang dan kita pun sama dua kali lima yakni sama rendah akhlaknya.

 

Menurut pakar psikologi latah adalah penyakit saraf yang menyebabkan si penghidap hilang kawalan diri.Mereka akan meniru aksi orang lain,bercakap lucah,melaksanakan arahan orang lain dengan tidak sengnaja dan pelbagai lagi.

 

Panduan Ringkas Atasi Latah

Penghidap latah yang beragama Islam amat disarankan untuk beristigfhar dan berselawat.Ini kerana latah berpunca dari hati dan fikiran yang sukar dikawal.Jadi sebagai orang Islam itulah pengawalan terbaik kerana hanya Allah SWT sahaja boleh memberi petunjuk dan jalan mengatasinya.

 

Sekiranya pengidap latah sudah mengalami tahap kritikal digalakkan mengambil ubat anti cemas,Pastikan dapat nasihat dari doktor terlebih dahuluTak boleh buat sebarangan.Lain pula jadinya nanti.

 

Ada satu kaedah terapi yang kurang sihat telah diaplikasi olah pihak barat untuk menangani latah.Mereka menyuruh pengidap menonton filem lucah.Ketika mereka menonton filem tersebut aksi mereka turut dirakam.Selepas itu ditunjukkan kembali kepada mereka supaya tindakan itu memberi rasa malu dan segan kepada pengidap.

 

Saya rasa kaedah ini kurang praktikal untuk orang Islam kerana terang-terang sudah terjebak dengan zina mata.Mana boleh pakai kat orang Islam.Bagaimana pula dengan makcik-makcik.Lagi parah jadinya.Namun begitu saya menghormati juga  budaya barat yang konon-kononnya fikiran terbuka (open minded).Malahan saya amat sokong jika ada yang berfikiran tertutup dalam soal haram dan halal.

 

Orang yang normal pula usahakan untuk tidak mengganggu mereka yang latah.Gunakan rasa kasihan anda supaya si pelatah menghadapi cara hidup normal seperti kita.Gunakan juga pertimbangan akal anda yang sihat itu untuk memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sihat seperti anda.Maaf.Saya risau orang yang  suka mengganggu orang latah akan berjangkit lambat laun nanti.Tolonglah ya.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

.

mrhanafi

Mengenali dunia blogger sejak 2009.Kini semakin serius untuk menulis blog dengan gaya tersendiri.Amat meminati SEO,pemasaran media sosial dan akan menjadi Fulltime Blogger.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.