24.4.14

Cara Dapatkan Penyata Gaji Yang Terkini

Seseorang yang bekerja pasti mengharapkan penyata gaji.Ini kerana dengan penyata gaji yang terkini kita boleh mengetahui status pendapatan sebenar.Itupun  sekiranya ada melakukan kerja lebih masa pada bulan yang sebelumnya. Kalau tak pun senang nak buat pinjaman meskipun budaya ini bukan sesuatu yang bijak.

 

penyata gaji_thumb[11]

 

Kini ada kemudahan untuk kakitangan kerajaan mengetahui status gaji mereka dengan pantas dan terkini.Mereka  boleh melayari laman web ini segera.Saya pasti ia amat memberi kemudahan yang tak terbanding seronoknya.Siapa yang tak seronok kalau dah dapat gaji.

 

Pengalaman saya yang telah bekerja makan gaji hampir 20 tahun dapat merasakan perubahan yang amat besar dalam mendapatkan informasi yang berbentuk ‘Private and Confidential’.Dulu-dulu memang mengharapkan pihak majikan yang cetak  tetapi sekarang tak lagi.Segalanya semua dihujung jari.

 

Anda cuma perlu ke halaman berikut iaitu e-penyata gaji. Selepas itu login dan buka seperti biasa.Saya kira boleh juga diakses menggunakan telepon pintar.Terpulang kepada anda mengikut kesesuaian dan kemampuan.

 

Ada satu masalah yang kita khuatiri akan berlaku jika ada pihak yang mengodam informasi ini dengan niat yang tak betul,Bila dah tak betul mereka mungkin menggunakan untuk tujuan penipuan dan sebagainya.Saya amat percaya sistem yang dimiliki oleh pihak yang terbabit tidak mudah untuk dicerobohi.Adapun lebih baik kita sentiasa berjaga dan beringat selalu.

 

Dalam pada itu saya percaya penyata gaji yang telah dipermudahkan ini dapat menjimat kos.Sudah tentu kos kertas.Ada yang tidak perlukan penyata gaji maka usah cetak.Bagilah peluang kepada mereka memang ada keperluan.Cara begini dapat menyelamatkan pokok dalam masa yang sama.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

mrhanafi

Mengenali dunia blogger sejak 2009.Kini semakin serius untuk menulis blog dengan gaya tersendiri.Amat meminati SEO,pemasaran media sosial dan akan menjadi Fulltime Blogger.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.