Visi Blog Entri Popular adalah untuk memastikan setiap entri yang ditulis dan disiarkan ini memberi manfaat kepada pembaca.Konsep kongsi dan sebar kebaikan akan menjadi mekanisme terbaik untuk memastikan entri dalam blog ini menjadi popular.Bukan niat saya untuk menyatakan bahawa entri popular adalah yang terbaik.
Saya mengakui masih daif dan lemah dalam penulisan blog.Jadi mana mungkin boleh mendabik dada sekiranya entri blog ini semakin popular.Saya cuma berusaha sebaik mungkin supaya entri menjadi popular.Agenda saya supaya mesej yang ingin disampaikan lebih luas sasarannya.Lagi luas penyebaran maka lagi besar potensi untuk popular.
Misi saya untuk blog ini amat mencabar.Saya mesti belajar SEO bermula dari tahap asas.Sebab dengan kemahiran SEO ini saya boleh memastikan blog Entri Popular bukan sekadar gah pada nama sahaja.Sebaliknya boleh berada pada halaman utama enjin carian supaya pelawat organik dapat menemuinya dengan mudah.
Selain bermain dengan SEO, saya juga memfokuskan kepada pemasaran kandungan atau marketing content.Ya.Inilah bab yang saya kira cukup mencabar.Saya tidak boleh menulis sebarangan.Saya mesti pastikan entri blog ini bermanfaat.Meskipun tidak sebaik tulisan seorang pakar, saya wajib menulis entri yang berkualiti dan ada nilai tambahnya.
Sesuai dengan situasi muktahir tentunya entri blog ini akan berkampung di media sosial seperti Facebook,Tweeter dan Google Plus.Mungkin belum masanya lagi untuk meluaskan ke Instagram,Youtube dan Linked In.Kalau nak kuasai semua ada kemungkinan kita tak makan dan tak minum.Lagi parah kalau tak solat kerana asyik dengan media sosial.Takut nanti menjadi obses online sehingga lupa pula kepada alam kubur dan seterunya alam akhirat.Adui..ambik
Rasa-rasanya begitulah harapan saya terhadap blog ini.Terpulang pula kepada anda untuk menilainya lagi.
{ Pesanan Peribadi dari penulis }
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.
Digalakkan juga untuk menyebarkan entri ini melalui Tweeter atau Facebook.Itupun jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut saya doakan anda murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia selalu.
Khir Khalid · 572 weeks ago
Hero Borneo 80p · 572 weeks ago