Ada 9 adab bersedekah orang Islam.Walaupun kita sedia maklum bahawa sedekah itu adalah hak peribadi.Namun adab perlu dijaga supaya sedekah kita ada nilai yang besar pada penilaian Allah SWT.
1.Bersedekah dari sumber yang halal dan baik
Dalam soal ibadah hanya yang baik dan bersih sahaja dapat diterima.Lain dari itu tidak diterima.Noktah.
2.Bersedekah dari benda yang terbaik
Bersedekah adalah satu ujian.Ketika bersedekah kita akan teruji benar-benar untuk memberikan barang yang kita sayangi kepada orang lain.Lagi bagus barang itu lagi baik.
3.Bersedekah dengan menghindarkan perasaan riak.
Tidak dinafikan akan ada perasaan bangga dengan apa yang kita sedekahkan kepada orang lain.Timbul sahaja perasaan begini lebih baik kita beristighfar kerana ia adalah bisikan syaitan.
4.Bersedekah dengan rahsia
Kalau nak bersedekah lebih baik diam sahaja.Buat apalah kecoh satu taman perumahan untuk mencanangkan sedekah kita tadi.Lagipun tujuan kita bersedekah kerana Allah SWT.
5.Jangan mengharap apa-apa dari sedekah
Sukar untuk dinafikan bahawa dengan bersedekah kita hanya mengharapkan ganjaran besar dari Allah SWT.Memang betul pun dan takut pula lama kelamaan kita sangat berkira-kira dalam bersedekah.Lebih molek kita hanya mengharapkan keredhaanNya berbanding memikirkan jumlah amal yang kita telah lakukan.
6.Memberi sedekah dengan wajah gembira
Tujuan kita bersedekah untuk memberikan rasa gembira kepada orang yang menerima sedekah.Bayangkan kita menghulur sedekah dengan muka masam.Sudah tentu si penerima tadi akan rasa serba salah.
7.Memberi sedekah kepada orang yang lebih memerlukan
Bukan nilai pahala yang menjadi keutamaan.Apa yang paling baik ialah memberi sedekah kepada mereka yang sangat menghendakinya.Utamakan sanak keluarga dahulu kerana tanggungjawab masih tertanggung dengan kat situ.
8.Jangan bertangguh dalam urusan sedekah
Ada orang kata bersedekah ketika hidup sudah kaya.Konsep begini kurang tepat.Kita tidak pasti ajal bila akan berakhir.Jika ada peluang bersedekah segeralah kerana ianya seperti pelincir untuk menjadi kaya.
9.Bila dah bersedekah jangan diungkit lagi
Perumpamaan saya cukup mudah.Namun kasar bunyinya.Bersedekah seperti membuang sampah.Apabila dah memberi sedekah jangan dikenang lagi.Lupakan sahaja dan padamkan dalam memori.
Ilmu yang saya kongsikan ini adalah hasil pembacaan saya ke atas buku tulisan Akmal Hj M. Zain yang berjudul ‘Tolak Bala Dengan Bersedekah’.Dalam buku tersebut lebih lengkap dan terperinci penerangannya.Sudah pasti dinyatakan dengan ayat al-Quran dan al Hadis.
Anda juga boleh lanjutkan bacaan untuk Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini! Manalah tahu dengan adanya rezeki yang mencurah-curah anda lebih ligat untuk bersedekah.
{ Pesanan Peribadi dari Penulis }
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.