23.5.14

Thomas Cup Live Update

The Indians survived anxious moments against Indonesia before cruising home 3-0. Defending champions China took lesser time in recording a similar 3-0 result over England, while in Thomas Cup action, Indonesia nixed Korea and Malaysia stunned Denmark to enter the last-four stage. India take on Japan while China play Korea in the Uber Cup semi-finals, while in the Thomas Cup, Malaysia clash with Indonesia and China with Japan.

The Siri Fort Complex had turned into noisy cauldron today with home stars Saina Nehwal and Company attempting to create history for India. Nehwal, who hasn’t been in the best of form in recent times, took her time to get going against Lindaweni Fanetri, but once she had pocketed the first game, she was back to her confident old self and smashed winners at will, to finish victorious at 21-17 21-10.

The second match had the crowd in rapt attention as the advantage swung from Sindhu to her opponent Bellaetrix Manuputty (above). Despite being ranked 13 places below her Indian opponent, Manuputty produced a valiant performance that nearly toppled India’s hopes. With victory in sight, both players drove themselves past their limits, until Sindhu at last forced the fatal error from her opponent after both had saved match points: 21-16 10-21 25-23.

Manuputty was speechless for a long while after the match. Sindhu gave credit to her opponent for the memorable challenge.

“She was returning everything, she just wasn’t letting any shuttle go by,” Sindhu said.

Manuputty admitted that her inability to force the issue at a crucial point took the match away. “When I had the lead in the third game, I didn’t force the rally. I attacked when I was down, but by then it was too late.”

Ashwini Ponnappa and Jwala Gutta (BWF home page) ensured the third point for India with a dominant 21-18 21-18 win over Greysia Polii/Nitya Krishinda Maheswari.

The other tie that had the crowd on the edge of their seats was the Thomas Cup clash between Indonesia and Korea.

Credit to  : Badminton World Federation

25.4.14

Risiko Layan Telefon Ketika Memandu

Inilah adalah pandangan peribadi.Pandangan tentang Risiko Layan  Telefon Ketika Memandu.Nasihat saya sila pastikan guna hand free ketika menjawab atau membuat panggilan telefon sewaktu berada di jalanraya.Apa-apapun saya anggap ia adalah pilihan yang terakhir dan bukan yang terbaik.

 

Ada sebab yang jelas mengapa memandu guna telepon bimbit tanpa alat bebas tangan   sangat berisiko.

 

Risiko Layan Telefon Ketika Memandu

Info e-Buku Terbaik Ada Di SINI

 

Manusia secara lumrahnya jenis yang mudah lupa.Boleh cuai dan pasti juga akan melakukan kesilapan .Asyik bertelefon boleh mengundang padah jika ada  jenis manusia yang tidak mampu melakukan dua kerja dalam masa yang sama.Kemalangan akan berlaku kerana daya fokus memandu terganggu.

 

Saya selalu perhatikan orang yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu akan memperlahankan kenderaan.Lebih parah jika menggunakan laluan sebelah kanan.Semua orang sedar bahawa  laluan kanan adalah untuk pemanduan laju.Sudah pasti menyusahkan pengguna lain jika memandu perlahan di laluan laju gara-gara asyik layan telefon.

 

Tempat yang berbahaya ketika asyik bertelefon biasanya bulatan.Kalau jalan raya di Sarawak bulatan adalah trademark.Mahu atau tidak terpaksa akan dilalui juga.Sewaktu memandu melewati bulatan, fokus perlu ditingkatan.Ini kerana ada kereta depan dan belakang.Kenderaan yang berada di kiri dan kanan boleh bila-bila masa sahaja memintas kita.Jika dah layan dengan telefon bagaimana nak  fokus dengan apa yang berlaku ketika memandu.

 

Pengaruh media sosial amat kuat.Kita seperti makan,minum,mandi,tidur dan kerja semuanya berorientasikan media sosial.Semua perkara remeh atau berat  kita kongsikan melalui Facebook,Tweeter dan Youtube.Pengaruhnya menjangkiti pengguna jalan raya pula.Ada yang sanggup update status Facebook ketika menunggu lampu isyarat merah.Tindakan kurang bijak ini bakal mengundang bahaya.Pengguna yang berada dibelakang kita boleh honkan kita jika lambat bergerak ketika lampu hijau.Saya harapkan honkan mereka supaya timbulkan rasa bersalah.

 

Ada lagi tak risiko layan telefon ketika memandu.Sudah tentu ada.Namun perkongsian saya cukup di sini dahulu.Saya hanya berharap hentikan segera aktiviti layan telefon ketika memandu.Jika terpaksa layan juga sila pastikan ada alat bebas tangan.Tetapi jangan lama-lama ye.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

24.4.14

Cara Dapatkan Penyata Gaji Yang Terkini

Seseorang yang bekerja pasti mengharapkan penyata gaji.Ini kerana dengan penyata gaji yang terkini kita boleh mengetahui status pendapatan sebenar.Itupun  sekiranya ada melakukan kerja lebih masa pada bulan yang sebelumnya. Kalau tak pun senang nak buat pinjaman meskipun budaya ini bukan sesuatu yang bijak.

 

penyata gaji_thumb[11]

 

Kini ada kemudahan untuk kakitangan kerajaan mengetahui status gaji mereka dengan pantas dan terkini.Mereka  boleh melayari laman web ini segera.Saya pasti ia amat memberi kemudahan yang tak terbanding seronoknya.Siapa yang tak seronok kalau dah dapat gaji.

 

Pengalaman saya yang telah bekerja makan gaji hampir 20 tahun dapat merasakan perubahan yang amat besar dalam mendapatkan informasi yang berbentuk ‘Private and Confidential’.Dulu-dulu memang mengharapkan pihak majikan yang cetak  tetapi sekarang tak lagi.Segalanya semua dihujung jari.

 

Anda cuma perlu ke halaman berikut iaitu e-penyata gaji. Selepas itu login dan buka seperti biasa.Saya kira boleh juga diakses menggunakan telepon pintar.Terpulang kepada anda mengikut kesesuaian dan kemampuan.

 

Ada satu masalah yang kita khuatiri akan berlaku jika ada pihak yang mengodam informasi ini dengan niat yang tak betul,Bila dah tak betul mereka mungkin menggunakan untuk tujuan penipuan dan sebagainya.Saya amat percaya sistem yang dimiliki oleh pihak yang terbabit tidak mudah untuk dicerobohi.Adapun lebih baik kita sentiasa berjaga dan beringat selalu.

 

Dalam pada itu saya percaya penyata gaji yang telah dipermudahkan ini dapat menjimat kos.Sudah tentu kos kertas.Ada yang tidak perlukan penyata gaji maka usah cetak.Bagilah peluang kepada mereka memang ada keperluan.Cara begini dapat menyelamatkan pokok dalam masa yang sama.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

23.4.14

Panduan Ringkas Atasi Latah

Mungkin ada yang mencari panduan ringkas atasi  latah.Jadi lebih baik kita kenal dulu  apa itu latah.Latah merupakan satu sindrom yang menjadi bahan lawak di kalangan rakan-rakan.Si penghidap latah akan ditertawakan dan suasana akan menjadi gamat kerana tindak balas yang diterimanya.

 

Panduan Ringkas Atasi Latah

 

Realitinya orang latah bukan mahu menjadi begitu.Jadi orang normal tidak sepatutnya mengganggu mereka walaupun niat untuk suka-suka.Kalau kita berterusan mengusik orang latah seolah-olah kita mendoakan orang tersebut kekal latah.Dari segi akhlak kita telah menjatuhkan maruah seseorang dan kita pun sama dua kali lima yakni sama rendah akhlaknya.

 

Menurut pakar psikologi latah adalah penyakit saraf yang menyebabkan si penghidap hilang kawalan diri.Mereka akan meniru aksi orang lain,bercakap lucah,melaksanakan arahan orang lain dengan tidak sengnaja dan pelbagai lagi.

 

Panduan Ringkas Atasi Latah

Penghidap latah yang beragama Islam amat disarankan untuk beristigfhar dan berselawat.Ini kerana latah berpunca dari hati dan fikiran yang sukar dikawal.Jadi sebagai orang Islam itulah pengawalan terbaik kerana hanya Allah SWT sahaja boleh memberi petunjuk dan jalan mengatasinya.

 

Sekiranya pengidap latah sudah mengalami tahap kritikal digalakkan mengambil ubat anti cemas,Pastikan dapat nasihat dari doktor terlebih dahuluTak boleh buat sebarangan.Lain pula jadinya nanti.

 

Ada satu kaedah terapi yang kurang sihat telah diaplikasi olah pihak barat untuk menangani latah.Mereka menyuruh pengidap menonton filem lucah.Ketika mereka menonton filem tersebut aksi mereka turut dirakam.Selepas itu ditunjukkan kembali kepada mereka supaya tindakan itu memberi rasa malu dan segan kepada pengidap.

 

Saya rasa kaedah ini kurang praktikal untuk orang Islam kerana terang-terang sudah terjebak dengan zina mata.Mana boleh pakai kat orang Islam.Bagaimana pula dengan makcik-makcik.Lagi parah jadinya.Namun begitu saya menghormati juga  budaya barat yang konon-kononnya fikiran terbuka (open minded).Malahan saya amat sokong jika ada yang berfikiran tertutup dalam soal haram dan halal.

 

Orang yang normal pula usahakan untuk tidak mengganggu mereka yang latah.Gunakan rasa kasihan anda supaya si pelatah menghadapi cara hidup normal seperti kita.Gunakan juga pertimbangan akal anda yang sihat itu untuk memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sihat seperti anda.Maaf.Saya risau orang yang  suka mengganggu orang latah akan berjangkit lambat laun nanti.Tolonglah ya.

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

.

22.4.14

Tak Kenal Maka Tak Mesra

Tak kenal maka tak mesra.Siapakah orangnya itu?Ya.Sudah tentu saya orangnya.Ada yang sudah mengenal saya.Mungkin ada juga yang baru tahu kehadiran saya dalam dunia blogger tanahair.Jadi selepas ini jangan malu dan jangan segan.Bila dah kenal maka bolehlah jadi pembaca dan penulis mesra.

Nama saya Mohd Hanafi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Hanafi Abdullah .Seorang penduduk peribumi Sarawak yang berketurunan Melanau.Dilahirkan di sebuah daerah yang agak terpencil.Jika ada yang pernah ke Dalat maka itulah daerah tempat kelahiran saya.Kira-kira 30 minit  perjalanan dari bandar Mukah.Rata-rata penduduk di daerah saya adalah penganut Kristian,Pagan dan minoriti sahaja beragama Islam.

Umur saya tak nak cakaplah.Cukup sekadar menghampiri 40 tahun.Boleh dikatakan bukan muda dan bukan juga tua.Kalau diikutkan hati saya mahu kembali menjadi muda remaja yang berumur belasan tahun.Sudah tentu ingin kembali ke sekolah dan belajar sungguh-sungguh supaya dapat kelayakan akademik yang tinggi.Namun ia cumalah bayangan gurauan dan mana mungkin masa boleh berundur lagi.Betul tak?.

Tak kenal maka tak mesra

Saya sudah berkeluarga dan dikurniakan 3 cahaya mata.Anak-anak pun semakin membesar.Boleh dikatakan keluarga bahagia.Ada rumah dan kereta untuk keperluan harian.Malah ada kerjaya yang boleh menyokong kehidupan walaupun masih berada dibawah paras keselesaan.Kaya dan senang.Oh! Belum lagi.Insya Allah kalau ada rezeki memang ke arah itu.

Pada tahun 2009 saya baru kenal dunia blogger.Media sosial ketika itu taklah semeriah sekarang.Saya suka blog hanya sebagai pembaca senyap.Saya akan baca blog ke satu blog tanpa meninggalkan sebarang komen.Lama-kelamaan saya berkeinginan untuk menulis blog.Jadi blogspotlah tempat saya belajar mengenali dunia blog.Kini semakin aktif menggunakan perkhidmatan  ,Facebook dan Tweeter

Blog ketika itu sekadar main-main sahaja.Saya lebih memfokuskan kepada aktiviti Pemasaran Internet.(IM).Pada masa itu saya berjinak-jinak dengan penjualan website reseller dan sistem affiliate.Pendapatan adalah sekali sekala masuk.Namun jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan hidup ketika itu.Kebetulan juga  saya telah  berhenti kerja.Kisah ini pernah saya tulis dalam ‘'Kisah Benar Yang Terbongkar’’

Akhirnya pada Disember 2012 saya kembali aktif berblogging.Bermula dengan blogspot dan beberapa bulan kemudian melabur sedikit duit untuk membeli domain dan hosting sendiri.Berjaya juga menceburkan diri dalam dunia Wordpress.Dengan itu kakiblog.my telah menjalar dari blog ke blog atas usaha saya membuat blogwalking.

Selama 10 bulan saya menulis dan menulis blog secara konsisten dalam blog tersebut.Sayangnya blog ini telah dilanda musibah.Dalam masa yang sama saya menghadapi krisis kewangan yang meruncing.Jadi saya tiada sumber pendapatan lebih baik dari gaji maupun blog.Pada dasarnya kemelut saya ini amat mudah diselesaikan jika ada Ringgit Malaysia sebagai pengerasnya.Pilihan terbaik saya pendamkan rasa dengan penuh sabar sambil menunggu dana lebihan gaji.

Mungkin ada yang berpendapat,bukan semua blogger boleh berjaya menghasilkan duit dalam tahun pertama penglibatan mereka dalam dunia blogging.Ya.Saya memang setuju  kerana proses pemanasan ‘enjin’ saya memang agak lambat.Misalnya dalam penguasaan kemahiran SEO masih lemah dan mutu penulisan belum ke tahap memukau para pembaca lagi.Kelebihan saya kepada sifat gigih dan kerja keras.

Cabaran dari orang rumah juga terasa bahangnya.Pengorbanan masa dan wang untuk membeli broadband internet setiap bulan belum menampakkan hasilnya.Sebab itu sindiran semakin terasa setiap hari.Memandangkan saya memang jenis ‘degil’ maka sukar untuk saya berpatah arah.Saya teruskan untuk berblogging ketika menghadapi kekangan dan kegetiran hidup.Sebab apa.Sebab saya percayakan diri sendiri akan berjaya juga bila tiba masanya.

Atas sebab itu saya tetap bertahan.Paling mengujakan lagi saya telah merancang untuk membina blog Wordpress yang baharu.Niche yang baharu.Malah motif penulisan cenderung kepada komersial.Buat duit dari blog dan menjadi blogger sebagai kerjaya utama.Insya Allah akan menjadi Blogger sepenuh masa  pada masa yang sesuai nanti.

Akhir kata saya berharap rakan-rakan blogger dan para pembaca blog ini terus setia menyokong saya dari segi kewangan moral.Sebab itu saya wajib mengucapkan sejuta terima kasih untuk anda.Selain itu memohon sejuta kemaafan jika ada terkasar bahasa yang boleh menguris hati dan perasaan.Semoga kita gembira selalu,tenang dan bahagia hendaknya.

 

Copyright @ 2014 Entri Popular.